Monday, June 1, 2009

Adab berpakaian menurut Islam

Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan sehari hari.
Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ukuran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda kedudukan seseorang.
Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat dapat berubah.

Justru itu, pakaian juga boleh berubah.
Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria cara berpakaian yaitu menutup aurat.
Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari seputar perkataan tentang aurat kerana dalam Islam pakaian dan aurat adalah sangat berkaitan.

Dari segi bahasa, aurat itu berasal dari perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.
Menurut istilah agama pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.
Menutup aurat adalah wajib keatas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan.
Kewajiban ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Diantaranya firman Allah SWT:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapak mereka, atau bapak mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau pegawai dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya" [ Surah An-Nur, 24:31].


Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat menitik beratkan terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam Ayat 31 Surah An-Nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.
Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujjah akal, walau sehebat mana logiknya hujjah itu.
karena hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.
Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional, kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu.

Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Malah sikap sebagian mereka yang merendakan dan menghina hukum Allah jelas memperlihatkan kejahilan dan kebodohan akal fikiran mereka dalam menganggapi kehebatan dibalik larangan-larangan Allah yang pada mereka amat mengganggu kebebasan dan pergerakkan.
Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah dibalik kewajiban itu untuk menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas.
Diantara hikmah kewajiban menutup aurat itu adalah untuk melindungi diri daripada hal yang tidak diinginkan.

(sumber saudara muslim)

No comments:

Ramzi-Fachri Album